Searching for jannah

SUPERWOMAN!!

AIN ATHIRAH. 20 YEARS OLD. KOTA TINGGI, JOHOR, MALAYSIA.
Entries About Linkies Stuff


Social Media

FACEBOOK

EDUCATION BLOG

INSTAGRAM
Chatting




Archieve!

Credits!


Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

TRIP TO SABAH : 19 March 2017 - 22 March 2017 (PART 1)

Assalamualaikum...

As you know, my name is Nurain Athirah.
But, I prefer everyone call me Tira.
For those who visit my blog before this, I'm sorry.
Really sorry.
Because I delete my old posts.

So, today, this is my new story.
I hope you can enjoy reading my crazy post.
Just kidding. :D

19 MARCH 2017

~ Wake up in the early morning...
~ Flight on 08.45 a.m.
Bla... bla... bla...

Tira pergi dengan ibu dan 8 orang lagi rakan kerja ibu.
Semasa penerbangan, Tira tidur sahaja memandangkan rasa tak cukup tidur
Tahu - tahu sahaja dah sampai kat Kota Kinabalu International Airport

Kita orang sewa van dan memandu sendiri.
Tempat pertama dituju adalah kedai makan.
Kenyangkan perut dulu sebelum menuju ke Kundasang.
Perjalanan ke Kundasang agak jauh dan mencabar.
Setiap tepi jalan mesti ternampak sinalau bakas.
Tahu apa sinalau bakas??
Sinalau bakas adalah babi salai.
Nasib baik sebelum pergi dah search dulu pasal persekitaran dekat Sabah ni.

Sampai sahaja di Kundasang, terus pergi ke resort yang telah ditempah.
Solat jamak Zohor dengan Asar.
Kemudian, baru keluar balik ke Penampang.
Dekat situ ada satu tempat khas bagi makan ikan.
Bagi sesiapa yang pernah pergi The Mines, Damansara.
Ikan keli di tempat cruise dia besar - besarkan?
Ikan di penampang juga besar - besar macam ikan keli di The Mines.

Mula- mula geli jugala sebab ikan tu besar sangat kan
Tapi bila tengok ada budak siap acah - acah ikan tu
Terasa malu pula kalau tak main - main dengan ikan tu

Selesai sahaja di situ, kami semua gerak ke Ladang Teh Sabah
Pemandangan yang cantik.
Dan teh dia sangat murah
Ibu beli tiga kotak sahaja memandangkan mak cik selalu pergi ke Sabah

Selepas itu, pergi ke pasar petang dia...
Kebanyakkan beli buah...
Tapi daripada pasar itu, dapat lihat puncak Gunung Kinabalu
Cantik sangat ciptaan Allah S.W.T.

Akhirnya, selepas makan malam, terus pulang ke resort.
Sebab malam cuaca agak kabus di kawasan Kundasang...


On the way to Kundasang


Tak tahu nama ikan di atas. Harap maaf.


Pemandangan di Ladang Teh Sabah.


Macam - macam buah ada. Buah cinta pun ada...


Nampak tak gunung yang paling tinggi tu?
Itu adalah puncak Gunung Kinabalu.


Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian Tira tentang percutian di Kundasang, Sabah.
Ini baru hari pertama.
Tira akan bersambung pada Part 2 secepat mungkin.
Insya Allah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Terima kasih kerana membaca.
Xie xie.
Kamsahamnida.
Arigato.






Label: , , , , ,