Searching for jannah

SUPERWOMAN!!

AIN ATHIRAH. 20 YEARS OLD. KOTA TINGGI, JOHOR, MALAYSIA.
Entries About Linkies Stuff


Social Media

FACEBOOK

EDUCATION BLOG

INSTAGRAM
Chatting




Archieve!

Credits!


Template: zaatboy boy
Basecodes: AtieQa Afiqah
Others:   

TRIP TO SABAH : 19 March 2017 - 22 March 2017 (PART 2)

Assalamualaikum...

Welcome back.
Let's move on to the next story.

20 MARCH 2017

Malam semalamnya sejuk gila. Sangat - sangat sejuk.
Walaupun Tira pakai jaket dan siap selubung dengan selimut, masih terasa sejuknya.
Nak ambil wuduk pun menggigil rasanya.

Pagi - pagi da kemas beg semua.
Memandang nak check out terus.
Alhamdulillah, resort sediakan sarapan.
Tetapi resort yang ditempah ini, kena bagitahu awal - awal nak sarapan apa ya.
Sebab dia bukan buffet.
Dia yang masak sendiri.
Kalau nak senang, bagitau malamnya nak makan apa esok pagi.
Disebabkan kami semua tidak mengetahui, kami terpaksa menunggu hampir setengah jam.

Selama setengah jam itu, kami semua peruntukkan masa dengan mengambil gambar...
Selfie bagai itu semua.
Dan yang paling penting, merakam keindahan ciptaan Allah S.W.T.
Dekat resort yang kami tempah, kami dapat melihat puncak Gunung Kinabalu.
Tetapi hanya seketika
Kerana awan mula menutupi ruangan pemandangan.

Kemudian, menikmati sarapan.
Selesai sahaja, kami bergerak ke Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah.
Desa Dairy Farm buka pada pukul 8 a.m. sehingga 5 p.m.
Hendak ke Desa Dairy Farm, kita dapat melihat pelbagai jenis tanaman yang ditanam oleh penduduk di situ.
Bukan itu sahaja, puncak Gunung Kinabalu juga semakin jelas untuk dilihat di kawasan ke Desa Dairy Farm.

Kat situ Tira cuba makan ais krim dia.
Sedap sebelum dia cair kerana akan terasa susu.
Maaf, sebab Tira tidak suka minum susu.
Jadi, sukar untuk Tira habiskan ais krim tu sendirian.

Kemudian, seperti biasalahkan bergambar sakan.
Itu rasanya semua akan buat sebab pemandangan di situ seperti di luar negara.
Oh, ya!
Di situ, sekiranya ingin membuat rakaman drama, filem dan sebagainya termasuk gambar perkahwinan, harga telah ditetapkan oleh pihak Desa Dairy Farm.
Tetapi, harga bayaran telah dipamerkan dipintu masuk.
Jadi, tak perlulah nak risau sangat.
Kalau setakat nak melawat sahaja, bayaran tidaklah sampai beribu - ribu seperti hendak buat rakaman drama.
Chill okay?

Masa Tira kat situ, banyak sangat pelancong yang datang.
Tak kiralah daripada Malaysia sendiri ke
Luar Malaysia ke.
Nak letak kereta pun payah sebab tempat letak kereta sudah penuh.

Tempat seterusnya...
Poring Hot Spring.
Kat sini, memang ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh cikgu - cikgu semua.
Kenapa?
Kami semua pergi ke kaunter dalam.
Kami mencuba Poring Canopy Walkway.
Tahu tak betapa tingginya kami mendaki?
Nasib baik Tira jenis lasak dan sukakan cabaran.
Kalau bab daki gunung ni, ini adalah salah satu kesukaan Tira.
Walaupun tak adalah pernah daki gunung - gunung yang tinggi
Tapi, semput jugaklah bila da sampai ke destinasinya.

Di Poring Canopy Walkway tu, bagi sesiapa yang gayat, sakit jantung dan apa - apa penyakit berkaitan
Sangat - sangat tidak digalakkan.
Tapi, kebanyakan cikgu dan termasuk Tira, kami mempunyai gayat.
Tapi, apabila melihat budak - budak yang pakai baju kurung tenang sahaja mendaki dan melalui canopy tu
Terasa tercabarlahkan
Ada juga makcik - makcik yang dalam lingkungan 50-an dan 60-an pun boleh daki...
Memang tabik dengan makcik - makcik tu.
Umur bukan penghalang untuk kita bergerak aktif, kan?

Panjang laluan Canopy itu melebihi 175 meter
Dan ketinggiannya 41 hingga 43 meter yang mana persamaannya dengan lapan tingkat bangunan
Seram tak?
Dan laluan itu hanya boleh dilalui enam orang sahaja
Jadi, mengambil masa yang lama untuk menunggu.
Tapi, tidaklah lama sangat.
Bergantung kepada orang yang melalui laluan itu.

Kemudian, menuruni gunung
Turun gunung laju sahaja
Naik punyalah lama
Ha... Ha... Ha...

Selepas itu, dekat air panas ramai orang
Jadi, kami sekadar meredam kaki di air panas itu
Air panas dia seperti air panas yang selalu Tira rendam dekat rumah :D
Hangat - hangat gitu
Melegakan urat - urat kaki yang tadinya naik turun gunung
Berehat selama 15 minit
Dan kemudian menuju ke kedai makan.
Selama berada di Kundasang, TIra makan dengan kuantiti yang agak banyak
Mungkin faktor cuaca.
Entahlah.

Perjalanan diteruskan ke masjid berdekatan.
Memandang waktu Zohor telah masuk.
Kemudian, menuju ke Timpohon Gate
Di situ tidak banyak sangat aktiviti dilakukan memandang sudah petang

Kami terus ke Upside Down House Sabah
Upside Down House Sabah buka pada pukul 7 a.m. sehingga 7 p.m.
Dalam itu juga ada 3D Wonders Museum
Tetapi kami hanya dapat masuk Rumah Terbalik sahaja
Kalau hendak masuk ke dalam rumah terbalik itu, kami semua tidak boleh mengambil sebarang gambar mahupun rakaman video.

Apabila selesai sahaja di situ, kami terus ke Kota Kinabalu.
Ke hotel yang telah ditempah
Cuaca di Kota Kinabalu agak bahang sedikit
Kami diberikan masa untuk solat dan mandi
Sebelum bergerak ke Pasar Filipina dan Pasar Malam Sinsuran
Macam - macam ada.
Rambang mata dan boleh rabak poket
Tapi, kalau hendak beli apa - apa di sini...
Pastikan kita pergi semua kedai dahulu dan tanyakan harga terlebih dahulu
Dan bandingkan harga pada barang yang sama.

Kami balik ke bilik hotel dalam pukul 12 a.m.
Balik memang terus tidurlah.
Memandangkan esok pagi hendak ke destinasi seterusnya.



Pemandangan puncak Gunang Kinabalu di Puncak Borneo Resort


Pemandangan puncak Gunung Kinabalu di Puncak Borneo Resort.

Image result for desa dairy farm kundasang sabah

Selamat Datang Ke Desa Dairy Farm.


Di Poring Hot Spring.


Canopy Walkway.


Jauhnya...


Upside Down House Sabah

Image result for pasar filipina kota kinabalu sabah

Pasar Malam Filipina.


21 MARCH 2017

Bangun pagi - pagi pergi sarapan.
Kemudian, kami cari selipar memandangkan nak pergi mandi pulau. >_<
Dan terus ke Jesselton Point Island Hopping.
Dekat sahaja dengan hotel yang kami menginap.

Dekat Jesselton Point Island Hopping, kena pandai pilih pakej untuk ke setiap pulau.
Dia ada pakej yang berbeza.
Macam kami semua, ambil pakej ke tiga pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Naik bot ke sana.
Sementara tunggu bot, kami dapatlah beli beberapa makanan.
Sempat juga tangan mencapai topi.
Sampai sahaja bot, kami terus naik ke dalam bot
Alhamdulillah kerana Tira tak ada mabuk laut ke apa ke
Perjalanan diteruskan
Dan boleh pula tetiba kat tengah laut tu, bot tetiba mati.
Arh, sudah!
Jangan kau suruh berenang pula.
Ha... Ha... Ha...

Alhamdulillah... 
Akhirnya beberapa kali percubaan menghidupkan enjin bot
Akhirnya, hidup juga
Sampai sahaja di Pulau Sapi, ada beberapa cikgu terus menuju ke pantai
Nak pergi snorkeling
Tira pun snorkeling juga
Tapi tak adalah jauh - jauh sangat 
Memandangkan Tira tak pandai berenang dan takut untuk terapungkan badan
Yang penting dapat tengok ikan ya

Dan yang paling best, ada satu cikgu dapat iPhone 7 yang jatuh dalam air tu ya...
Ambil lah apa lagi..
Nak buka tu yang tak boleh sebab ada password
Dan berbahasa Jepun

Kemudian, kami bergerak ke Pulau Manukan
Snorkeling lagi...
Sebelum terus tukar baju sebab pulau seterusnya malas sudah nak snorkeling walaupun tak puas lagi
Dan yang penting muka dan tangan memang semakin gelap ya.
Dan akhirnya ke Pulau Mamutik.

Pendapat Tira lah kan.
Setiap pulau itu mempunyai tarikan tersendiri cuma perlu pastikan kemudahan awam seperti tandas itu berfungsi dengan baik
Itu sahaja.

Selepas itu, balik ke hotel semula.
Baru nak rehat - rehat, cikgu telefon ibu sama ada hendak ikut mereka pergi Suria Sabah
Apa lagi, terus gegas lah turun ke bawah.
Hampir semua pergi kecuali 3 orang cikgu sahaja.
Seorang sudah tertidur keletihan
Dan dua orang sudah pergi ke pasar.

Pergi ke Suria Sabah bukannya shopping sakan pun
Setakat makan dekat Big Apple sahaja
Tetiba makan benda manis ni
Ibu setakat rasa sahaja sebab ibu bukan jenis makan benda manis
Tapi, Tira kadang - kadang tekak sukakan manis
Setelah penat ronda dekat Suria Sabah
Kami terus ke Pasar Filipina lagi sekali

Barang yang Tira dan ibu beli kebanyakkannya kerongsang untuk makcik, nenek dan sepupu sepapat yang lain
Selesai membeli belah dalam 1 jam setengah.
Kami terus menuju ke kedai makan.
Dan tetiba pemilih telefon iPhone 7 tu telefon
Dan meminta berjumpa dengan dia.
Nasib baik dekat sahaja.
Tapi hampir sesat jugalah dibuatnya
Sebab orang itu tidak reti berbahasa Inggeris
Nasib juga satu cikgu ni boleh cakap bahasa Jepun sikit - sikit
Alhamdulillah.

Selesai sahaja, kami terus balik ke hotel.
Dan mulalah mengemas beg kerana esoknya sudah kembali ke Kota Tinggi, Johor.



View of Pulau Sapi.


View of Pulau Manukan.


View of Pulau Mamutik.


At Pulau Mamutik.


Big Apple.


22 MARCH 2017

Bangun pagi. Mandi. 
Check out.
Dan terus menuju ke Kota Kinabalu International Airport.
Menunggu untuk masuk ke dalam kapal terbang
Masuk sahaja dan duduk di dalam kapal terbang, mata kembali terkatup
Sedar - sedar sudah samapi di Senai International Airport.

Tunggu kereta cikgu sampai dan menuju ke kedai makan. 
Selesai sahaja makan.
Kami semua bergerak pulang ke Kota Tinggi, Johor.

Balik rumah sahaja, Tira sudah kepenatan dan mula mencapai bantal dan tidur di ruang tamu.

Sekian, itu sahaja daripada Athirah.
Semoga pengalaman ini dapat dikongsikan bersama.
Terima kasih.
Xie xie.
Kamsahamnida.
Arigato.


Label: , , , , ,